15.8.10

Maklum balas filem pendek LAWAN



RIDHWAN SAIDI
Bagaimana filem ini bermain dengan tempo pantas dengan pemilihan syot yang tepat adalah kekuatan Azizulhakim dalam menyampaikan visual karenah Melayu moden yang bersifat kereptiliaan (dewasa ini). Konsistensi ini aku lihat pada Capal juga.

ANWARI ASHRAF
Skrip dan premise mantap, siap sindir-sindir lagi peel piawai kaum ku dalam berniaga.Execution kurang umph, sebab dengan execution yang lebih baik filem ni boleh bagi impak yang lebih hebat. Contoh execution yang gua tengah sentuh sekarang ialah camerawork, penetapan tone dalam editing. Pacing editing dah mantap, aku suka repitition shot a-la trackingkaki character-character yang interframe dalam cerita ni sorang demi sorang. Masalah castingpun ada jugak - Yakni brother kutip hutang/duit perlindungan - Tak Garang langsung la der!Probably masalah terbesar film ni sama dengan Kiamu!!! - DoP. Lepas ni sedara Azizulhakim, mari kita ajak sedara Halimi jadik DoP kita! haha.

GUA LAYAN JE
GuaLayanJe pernah menonton karya AzizulHakim iaitu CAPAL. Memang berkualiti. Kali ini LAWAN pun memberikan kepuasan yang sama. Elemen komedi lebih disuntik bergerak seiringan dengan mesej sinikal bagaimana kaum Melayu ini suka untuk bergaduh, berdengki yang membawa kepada kerugian dalam perniagaan. Ini realiti dipaparkan dalam LAWAN. Wow paling suka angle kamera dia. Terbaik la. Masa awal-awal bila nak bukak kedai. Sound suma best tapi bila tengah-tengah cerita kelab kabut dah ada sikit.Tapi aku puas tengok LAWAN beri aku terhibur.

M YUSOF
Serius yang ini memang lawak dan aku yakin orang yang menonton juga sependapat dengan aku.

Filem ini menghadirkan rasa lawak yang datang secara natural kerana aku merasakan muka kesemua pelakonnya bukan muka pak lawak, dan lawak mereka bukan hadir dengan cara mereka membuat muka yang-ntah-apa-apa-ntah, untuk menyajikan rasa lawak yang dibuat-buat atau memaksa khalayak ketawa ala-ala Senario.

Ia mengisahkan 4 orang usahawan melayu yang membuka kedai burger dan bersaing antara satu sama lain untuk menambat hati pelanggan agar melariskan jualan burger mereka. Lalu kita dihidangkan dengan lawak salah masuk kedai, lawak lambang mcD yang dipasang terbalik, lawak Mc Flury, lawak kecek klate dan macam-macam lawak lagi.

Aku merasakan seolah aku membaca blog pipiyapong yang “dijelmakan” dalam bentuk filem, namundalam pada masa yang sama, ia terselit mesejnya yang tersendiri. Cuba lihat babak, orang kecek kelate kutuk “mamat berlagak along”, tiba-tiba si mamat tu terdengar dan pandang belakang nak carik suara siapa yang kutuk dia, tiba-tiba kesemua mereka buat-buat sibuk seolah-olah tak ada siapa yang bercakap. Memang pipiyapong!

Dari sisi yang lain, filem ini menggambarkan rencah-karenah persaingan kurang sihat peniaga-peniaga menurut acuan melayu, lalu filem ini mengkritik-sosial karenah tersebut yang hadir dalam bentuk lawak.

ALIF FIRDAUS AZIS

FIKRI KACAK
Aku suka filem ini sebab filem ini lawak semestinya. Gaduh sesama peniaga berger. Memang lawak. Setiap orang itu mengambil kesempatan atas kelemahan lawannya. Mencuri pelanggan itu part yang kelakar. Masing-masing nak tunjuk samseng. Hahaha.

AIEN YUSOF
Satira yang menjadi. Tak payah cakap banyak dah faham. Bila logo McDonalds dipasang terbalik, aku teringat rantai kunci aku masa sekolah rendah dulu tertulis "We Donalds". Sangat poyo. macam mana aku bolah dapat rantai kunci tu ya?


Akan di update kalau ada maklum balas baru.

9.8.10

Selepas MASKARA SHORTIES 2010

Kalau nak baca review orang pasal lawan sila ke sini-Pasca Maskara Shorties

Terima kasih sangat-sangat kepada Ridhwan Saidi, Fadli Al Akiti, dan Sindiket Soljah yang buat event macam ni,
first time aku pegi,
next year sure aku datang lagi.

Aku nak cakap sikit pasal 2 filem yang betul-betul melekat dalam kepala hotak aku sampai saat aku tulis post ni.

KIAMU by Anwari Ashraf
Aku dah lama tunggu nak tengok filem ni, memang best, cerita pasal budak kena buli di sekolah kluster, macam pembongkaran la jugak, cara penyampaian gempak, kemas, tersusun, shot cantik, editing cun.
Memang layak pengarahnya dihantar belajar ke oversea.

IKAN LANGKA (SINGAPURA) by Basil Mironer
Yang ni memang gila babi, aku tak minat sebenarnya cerita-cerita style slow macam ni, tapi filem ni memang dah ubah pendirian aku, lakonan yang bagi aku setaraf dengan Leonardo Dicaprio, haha lagi bagus aku rasa.
Feel kematian yang memang sentuh perasaan aku. Tabik wehhh, Tabik!