23.3.10

Short Film Screenings di Lepaq Cafe

Capal akan ditayangkan di Lepaq Cafe, Kelana Mall (dekat dengan Giant), 1st Floor, Free Entrance.
29 Mac 2010 (Isnin)
Jom Lepaq ramai-ramai.

7.3.10

Selepas KL Fringe Film Festival 2010

Fad Tonton Filem

Capal (Peng: Azizulhakim Salleh)
"Crowd pleaser" pada malam itu, dan sepatutnya pun. Lancar, tersusun dan mempunyai tenaga humor yang mencuitkan tanpa perlunya imbauan parodi ataupun slapstik, ianya satu tinjauan yang jujur, didaktik tetapi sungguh berkesan. Si remaja hilang capal selepas solat, mengambil capal orang lain, lalu dikutuk kerana capal itu, lalu dikejar juga kerana capal itu. Pemaknaan adab, kekeliruan/prejudis/salah tanggap dan ketelitian tentang pilihan (hal ini sangat lembut sufinya, tahniah Azizulhakim!) menjadi tema yang begitu bulat disampaikan. Seronok dan menghiburkan.

 Zara

Capal pula beri imej seketul-2 buat saya rasa macam dipaksa merasai keadaan yang dipaparkan itu. Dan jalan cerita dah boleh diagak. Saat si-kehilangan-capal itu menyedari capalnya hilang dan mengambil keputusan menyarung selipar kuning buruk entah siapa punya, saya dah dapat mengagak apa yang akan berlaku seterusnya. Kisah berakhir dengan capal milik si malang itu bukan-nya hilang pun, tapi terjatuh ke dalam longkang saja. Walaupun dibuat ringkas dengan sedikit unsur komedi, saya percaya Capal banyak menyentuh skeptikalisme Melayu terhadap Melayu. Dan mengapa Melayu, masjid dan capal? Bukan loceng, kuil dan sari? Atau chopstick, tokong dan cheongsam-kah? See, ia penuh sinis. *Comel-nya, bila pakcik yang mengejar pencuri itu minum sirap milik si malang. Haha! Ada maksud tersembunyi di sebalik kelakar yang terpapar.

2.3.10

KL Fringe Film Festival 2010

Capal akan ditayangkan di Dewan Kuliah, Tingkat 4, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, 5 Mac 2010(Jumaat), 8.30pm, Entry by donation RM5.
Byk lagi short film Malaysia yg lain akan turut serta,
Jom la dtg.